Bekas pegawai eksekutif GLC salah guna kuasa, tuntutan palsu direman - Utusan Malaysia

Bekas pegawai eksekutif GLC salah guna kuasa, tuntutan palsu direman

Bekas pegawai eksekutif GLC (kanan) yang disyaki salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekas pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman enam hari kerana disyaki salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu.

Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak mengeluarkan perintah reman itu hari ini selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wanita itu disyaki menggunakan jawatannya untuk mencadang dan menyokong syarikat suaminya mendapatkan kontrak pembekalan pekerja berjumlah RM1.4 juta pada 2019.

Suspek juga disyaki bersubahat dengan suspek kedua mengemukakaan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung ujian saringan Covid-19 bernilai RM2,000.

Tuntutan itu dibuat pada 2022 namun ujian saringan berkenaan tidak pernah dijalankan.

Selain itu, suspek disyaki bersubahat pada tahun lalu membuat tuntutan palsu RM2,000 iaitu pembekalan barang plastik sedangkan barangan tersebut tidak dibekalkan.

Wanita berusia lingkungan 40-an dan suspek kedua berusia 50-an sebelum itu ditahan antara 2.30 sehingga 3.50 petang di Pejabat SPRM Terengganu, semalam.

Suspek kedua yang juga pemilik sebuah syarikat kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Pengarah SPRM negeri, Hazrul Shazreen Abd. Yazid, mengesahkan tangkapan itu dengan kes disiasat di bawah Seksyen 23 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan membuat tangkapan susulan bagi membantu siasatan ke berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya