PETALING JAYA: Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang didakwa meninggal dunia membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Tan Sri Abdul Halim Ali memaklumkan perkara itu dalam kenyataan akhbar melalui syarikat pelaburan SEDANIA Innovator Berhad, yang dipengerusikannya hari ini.
“Laporan polis dan SKMM sedang dalam proses.
“Kami meminta semua media yang menyebarkan laporan palsu ini segera menarik balik laporan dan mengeluarkan permohonan maaf kerana mencetus kesusahan dan ketidakselesaan,” kata beliau. – UTUSAN