Bekas guru kekal dipenjara 9 tahun pegang kemaluan murid

Bekas guru kekal dipenjara 9 tahun pegang kemaluan murid

MOHD. Shahril Shaffie hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi rayuan akhir kes amang seksual fizikal terhadap muridnya. – UTUSAN/NORLIZAH ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang bekas guru bahasa Arab sebuah sekolah rendah kekal dipenjara sembilan tahun dan dikenakan dua sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap murid lelaki berusia 10 tahun dengan memegang kemaluan mangsa, enam tahun lalu.

Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian terhadap Mohd. Shahril Shaffie, 38, yang turut dipanggil ‘Ustaz’ selepas menolak rayuan akhirnya. Hukuman berkuat kuasa semalam.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Azmi Ariffin dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin se­bulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 30 September 2020 yang di­sahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Februari 2023.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Ahmad Zaidi berkata, rayuan tersebut tiada merit kerana keterangan mang­sa dalam kes itu turut disokong oleh keterangan saksi-saksi lain.

Menurut beliau, Mahkamah Sesyen yang mendengar kes itu telah mencapai dapatan yang kukuh dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi manakala hukuman penjara sembilan tahun munasabah dan tidak ke­terlaluan.

“Kami tidak bersetuju bahawa hukuman yang dikenakan adalah melampau kerana perayu merupakan guru dan diamanahkan untuk mendidik kanak-anak namun dia telah menyalahgunakan kedudukan tersebut.

“Tidak dinafikan, mangsa mengalami trauma kerana kejadian itu manakala sekolah yang merupakan institusi pendidikan turut terkesan. Ke­salahan serius dan kami tidak mempertimbang rayuan untuk sabitan dan hukuman. Perintah komital dikeluarkan,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN