Bekas Exco Perak meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Exco Perak meninggal dunia

AZMAN MAHALAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak bagi penggal 1986-2004, Datuk Azman Mahalan, 82, meninggal dunia akibat sakit tua semalam.

Azman yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Rapat Setia di sini pada pukul 11.05 pagi.

Perkara itu disahkan ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke hospital baru-baru ini ekoran keadaan kesihatannya yang merosot.

“Empat hari lepas saya ada datang ziarah dan ketika itu keadaannya nampak baik dan semakin pulih sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, Allahyarham yang mengemudi UMNO Bahagian Tapah selama 20 tahun sejak 1984 berperanan penting dalam mengukuhkan parti terutama Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

“Jasa beliau sangat besar bukan hanya kepada perpaduan parti dan ahli tetapi kesejahteraan serta pembangunan masyarakat di DUN Ayer Kuning itu sendiri.

“Sudah pasti ini satu kehilangan besar buat warga UMNO dan BN,” katanya.

Allahyarham Azman menjadi Exco semasa pentadbiran Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

Jenazah Azman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di sini semalam, selepas solat Asar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya