Bekas anggota Senoi Praaq, Apot meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas anggota Senoi Praaq, Apot meninggal dunia

APOT Saad meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru dan sesak nafas di Hospital Kampar, Kampar pada 12.40 tengah malam tadi. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Bekas anggota Senoi Praaq, Sarjan Mejar (Bersara) Apot Saad yang pernah menerima Pingat Gagah Berani atas jasa dan baktinya kepada negara menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kampar di sini kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi kerana jangkitan kuman di paru-paru dan sesak nafas.

Menurut anaknya, Sarjan Mulyadi Apot berkata, ayahnya dimasukkan ke hospital itu sejak 1 September lalu kerana uzur selain serangan strok.

“Jasad mendiang akan dibawa pulang ke rumah di Batu Barangkai, Kampar untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Asli berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Mendiang yang berusia 75 tahun meninggalkan seorang balu, Krig Sudin dan empat orang anak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Atus berkata, seluruh warga PDRM menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

“Jasa dan bakti mendiang sangat besar dan pemergiannya merupakan satu kehilangan kepada pasukan dan negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya