Bekalan minyak masak polibeg mencukupi di Pulau Pinang

Bekalan minyak masak polibeg mencukupi di Pulau Pinang

SEORANG anggota penguatkuasa KPDN Pulau Pinang memeriksa bekalan minyak masak polibeg atau paket 1kg di sebuah premis perniagaan di Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak polibeg atau paket satu kilogram (kg) di negeri ini adalah mencukupi.

Pengarahnya, S.Jegan berkata, ketika ini, pihaknya telah menggerakkan seramai 134 orang pegawai penguatkuasa ke seluruh Pulau Pinang bagi memantau serta menangani isu kekurangan bekalan tersebut jika ada.

Selain itu, katanya, KPDN Pulau Pinang turut menjalankan pemeriksaan berkala iaitu secara harian dan mingguan di peringkat pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit bagi memantau keberadaan minyak masak polibeg di
pasaran.

“Pengedaran minyak masak polibeg yang telah dibuat di seluruh Pulau Pinang dari 1 hingga 20 September lalu adalah sebanyak 2,060,000 paket.

“Hasil daripada pemantauan berkala yang dilaksanakan mendapati, bekalan minyak masak polibeg mencukupi, namun, tidak dinafikan berlakunya kekurangan bekalan disebabkan permintaan yang tinggi daripada pengguna serta pusingan jadual penghantaran daripada pihak pembekal,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Jegan, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan serta maklum balas daripada peniaga mendapati, tiada isu kekurangan bekalan terhadap minyak masak polibeg kerana peniaga menerima bekalan tersebut daripada pembekal seperti yang ditempah.

“Bekalan minyak masak polibeg bersubsidi ini juga boleh diperolehi di setiap lokasi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) yang dilaksanakan secara berjadual di kesemua Parlimen dan DUN di Pulau Pinang,” katanya.

Tambah Jegan, KPDN memberikan amaran keras kepada semua peniaga agar tidak mengenakan pembelian bersyarat kepada pelanggan yang ingin membeli minyak masak polibeg.

“Sebanyak 87 aduan telah diterima berkaitan barang kawalan dan lima kes membabitkan pembelian bersyarat telah dihasilkan sepanjang tahun 2024 (setakat ini).

“Mereka yang melakukan kesalahan berkenaan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung apa-apa pembelian bersyarat dan kegiatan penyelewengan barang kawalan boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak KPDN melalui saluran WhatsApp iaitu di nombor 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my atau Call Centre 1-800-886-800.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya