Beberapa ahli parlimen berkumpul di  Bukit Aman sokong  Teresa

Beberapa ahli parlimen berkumpul di  Bukit Aman sokong  Teresa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH)  hadir ke Bukit Aman bagi menyatakan solidariti terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok  yang hadir memberi keterangan.

Antara yang hadir  Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang juga Pengerusi DAP; Fong Kui Lun (Bukit Bintang), V. Ganabatirau (Klang), Tan Kok Wai (Cheras) dan Michelle Ng Mei Sze (ADUN Subang Jaya). 

Turut dilihat puluhan wartawan dan jurugambar berkumpul di ruangan tempat letak kereta berhampiran kerana hujan lebat.

Media semalam melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat semalam sebanyak 28 laporan polis terhadap Naib Presiden DAP berhubung kenyataanya isu pensijilan halal yang dikatakan membebankan peniaga di Malaysia.

Rentetan itu, satu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b)Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Razarudin menegaskan, walaupun kebebasan memberikan pendapat itu dibenarkan melalui Perlembagaan Persekutuan namun terdapat limitasinya.

Jumaat lalu, Teresa berkata, pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN