Bayi bertali pusat ditinggalkan di tepi rumah perlindungan 

Bayi bertali pusat ditinggalkan di tepi rumah perlindungan 

BAYI perempuan masih bertali ousat ditinggalkan di tepi pagar di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Terencat Akal di Alor Akar, Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang bayi perempuan masih bertali pusat ditemukan  ditinggalkan di dalam beg yang terbuka di tepi pagar Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Terencat Akal di Alor Akar di sini pagi tadi.

Bayi yang dibalut dengan baju bayi itu ditemui oleh pekerja rumah perlindungan berkenaan ketika keluar dari rumah perlindungan itu pada pukul 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, saksi memaklumkan terdengar bunyi tangisan bayi ketika keluar dari rumah tempatnya bekerja kira-kira 7.30 pagi.

“Setelah pergi ke arah tangisan tersebut, terdapat seorang bayi ditinggalkan dalam beg di luar pagar,” katanya.

Menurut beliau, hasil siasatan awal ke atas bayi berkenaan mendapati tiada kesan kecederaan lain pada tubuh badan bayi namun kulit bayi itu  kebiruan akibat kesejukan.

“Bayi itu dipercayai telah ditinggalkan oleh individu tidak dikenali pada jam 10 malam berdasarkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di rumah perlindungan berkenaan.

“Dari rakaman CCTV itu juga turut kelihatan sebuah kereta dan seorang individu disyaki seorang lelaki berjalan kaki dan meletakkan sesuatu di lokasi sebelum beredar menaiki kenderaan tersebut,” ujarnya.

Wan Mohd. Zahari berkata,  bayi berkenaan dihantar ke Hospital Temgku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selain turut memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Sampel darah bayi akan diambil untuk perbandingan DNA (ujian asid deoksiribonukleik). Keterangan saksi juga telah dirakam selain pasukan penyiasat juga dimaklumkan untuk mendapatkan maklumat di sekitar kejadian sekali gus mengesan suspek,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN