Bawa semangat anak, suami bertanding di China - Utusan Malaysia

Bawa semangat anak, suami bertanding di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shila Amzah, bakal terbang ke China bagi menyertai pertandingan nyanyian ‘Singing With Legends’ musim keenam.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah mengakui bukan mudah untuk mengembalikan kekuatan stamina dan vokal lebih-lebih lagi dia baru melahirkan anak kedua, Rhea Akira, pada Mei.

“Selepas 12 tahun kini saya kembali atas jemputan daripada produksi dan syarikat televisyen yang sama.

“Semestinya bukan mudah tapi saya mahu cabar diri lebih-lebih lagi selepas bersalin dengan kaedah pembedahan.

“Orang lain selalunya akan tunggu setahun untuk benar-benar sembuh dan bersedia.

“Tapi dengan semangat yang ada, saya kembali belajar beberapa teknik khususnya di bahagian perut. Lagipula penyanyi tidak boleh berehat terlalu lama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Shila mengulas mengenai keputusannya menyertai semula pertandingan di China selepas menjadi juara program ‘Asian Wave’ pada 2012.

Tambah Shila, dia bersyukur kerana suami, Muhammad Ubaidillah, menyokong impiannya dan bersetuju mengupah membantu menjaga anak sepanjang pertandingan.

“Saya bertuah kerana dikurniakan suami yang baik dan faham bahawa saya memang suka memasuki pertandingan sejak kecil.

“Mungkin Allah beri juga rezeki kepada kami untuk ambil seorang pembantu yang boleh tengokkan anak-anak,” jelasnya.

Tidak berhasrat mencipta fenomena seperti dahulu, penyanyi Patah Seribu itu hanya mahu melakukan yang terbaik.

“12 tahun lalu tiada jangkaan apa-apa, tapi kini situasi berbeza kerana saya bawa harapan Malaysia.

“Saya bukan mahu cipta fenomena atau dapat nombor satu, tapi hanya mahu cabar diri dan belajar benda baharu.

“Tapi semuanya tergantung kepada rezeki,” tambahnya.

Singing With Legends merupakan pertandingan 12 episod yang menghimpunkan penyanyi baharu dan lama berentap di pentas yang sama. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya