Batal kerjasama dengan Israel suatu kewajipan - Abdul Hadi

Batal kerjasama dengan Israel suatu kewajipan – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak diseru untuk tidak menormalisasi dengan Israel dan membatalkan sebarang kerjasama dengan mereka setelah berlakunya Taufan al-Aqsa adalah suatu kewajipan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pemboikotan ekonomi pasti akan memberi impak yang besar kepada rejim zionis.

Katanya, ini kerana majoriti sumber ekonomi global berasal dari negara-negara Islam, antaranya minyak dan hasil mahsul yang lain juga berasal daripada negara Islam.

“Di samping itu kedudukan strategik dari Selat Melaka ke Selat Bab al-Mandab hingga Gibraltar berada di wilayah Islam.

“Jika kita dapat menyatukan di antara umat Islam dan kerajaan ia akan membentuk pengaruh yang kuat untuk menghadapi Zionis,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Seramai 41,391 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dengan lebih 95,760 lagi cedera selepas serangan Israel ke atas Gaza sejak Oktober tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya