Bapa perkosa anak dipenjara 72 tahun, 60 sebatan

Bapa perkosa anak dipenjara 72 tahun, 60 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perbuatan keji seorang buruh yang memperkosa anaknya sehingga melahirkan seorang bayi lelaki pada tahun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan menodai darah daging sendiri di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh yang berusia 46 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut keenam-enam pertuduhan, lelaki itu didakwa memperkosa anak kandungnya yang berusia 15 tahun ketika kejadian tanpa kerelaan kerana perhubungan tertuduh dengan mangsa tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau berkahwin dengannya.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan di sebuah rumah di Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 1 pagi sehingga 10 pagi antara Januari hingga Oktober 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Kamarul Hasyime memohon satu hukuman yang setimpal dikenakan supaya memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan mangsa merupakan anak kandungnya.

“Perbuatan tertuduh terhadap mangsa juga menyebabkan anaknya itu hamil dan melahirkan seorang anak lelaki,” ujarnya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman yang ringan memandangkan anak-anaknya masih kecil dan memerlukan kasih sayangnya sebagai seorang bapa.

“Saya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. Saya ingin kembali kepada anak-anak dan mahu membimbing mereka,” katanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan hukuman berkenaan berjalan secara berasingan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani rehabilitasi dan kaunseling ketika berada di penjara selain pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN