PUTRAJAYA: Pemberian bantuan berbentuk tunai dan kelengkapan barangan untuk golongan miskin diakui tidak berjaya membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, menerusi dapatan kerajaan sejumlah ratusan juta ringgit telah disalurkan kepada golongan memerlukan, namun selepas tiga hingga empat tahun mereka masih ditahap yang sama.
Katanya, daripada beberapa program yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini iaitu pemberian wang tunai atau kelengkapan untuk golongan miskin melaksanakan perniagaan adalah tidak berdaya.
“Bukan kerana tunai itu tidak cukup, bukan kerana peralatan yang diberikan itu tidak baik tetapi untuk mereka menghasilkan satu bentuk perniagaan yang berdaya.
“Ia memerlukan lebih banyak ilmu, latihan dan pengalaman yang selalunya pada peringkat mereka jika mereka terpaksa berhadapan dengan risiko perniagaan secara bersendirian,” katanya ketika berucap pada ketika berucap pada Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, berhubung negara menua Rafizi berkata, proses berkenaan akan membawa satu dimensi merumitkan usaha kerajaan membasmi kemiskinan.
Rafizi Ramli berkata, ia ekoran proses negara menua dalam keadaan pencapaian ekonomi negara ketika ini adalah tidak setara.
Jelasnya, beberapa negara maju telah melalui perkara berkenaan seperti Jepun dan negara-negara eropah, namun negara akan melalui perkara berkenaan.
“Kita perlu terima hakikat negara dan masyarakat sedang melalui proses negara menua,” katanya. – UTUSAN