Banjir: MBSA bina jalan susur ke LKSA dari Taman Sri Lembayung

Banjir: MBSA bina jalan susur ke LKSA dari Taman Sri Lembayung

MOHD. Fauzi Mohd. Yatim (tiga dari kiri) menolak pintu pagar laluan alternatif dari Taman Sri Lembayung ke Plaza Tol Sri Muda sebagai gimik perasmian laluan tersebut hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pembinaan laluan alternatif dari Taman Sri Lembayung ke Plaza Tol Taman Sri Muda mampu menyelamatkan kenderaan penduduk setempat daripada rosak akibat ditenggelami air banjir.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Fauzi Mohd.Yatim, jalan susur keluar bernilai RM75,000 hanya boleh digunakan oleh kira-kira 1,400 penduduk apabila banjir berlaku.

“Beberapa pihak seperti Unit Pantas MBSA, Projek Lintasan Kota Holding Sdn.Bhd. (Prolintas), Balai Bomba Seksyen 15 Shah Alam dan Balai Polis Sri Muda Seksyen 25 akan memegang kunci bagi membolehkan pagar dibuka apabila siren kecemasan dibunyikan bila banjir berlaku.

“Pihak MBSA prihatin dengan nasib penduduk di sini yang kerugian besar melibatkan kerosakan 1,000 kenderaan akibat banjir tahun 2021 yang lalu,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci Bagi Laluan Alternatif Bencana Dari Taman Sri Lembayung Ke Plaza Tol Taman Sri Muda Shah Alam hari ini.

Mohd. Fauzi berkata, kesemua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan kerja-kerja mengalih kenderaan dan menyelamatkan mangsa bencana dilakukan dengan cepat dengan adanya akses tersebut.

“Pihak Prolintas berperanan untuk memastikan petugas-petugasnya berada dalam keadaan siap siaga serta boleh dihubungi pada bila-bila masa bagi mengawal lalu lintas atau laluan lebuhraya semasa banjir luar biasa,”ujarnya.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi banjir pada musim tengkujuh beliau berkata,sistem saliran di seluruh bandaraya ini akan terus disenggara agar tidak tersumbat dengan sampah.

Katanya lagi, pihak MBSA telah menemui pihak pengurusan tertinggi Kumpulan Darul Ehsan Bhd.(KDEB) Waste Management yang menyenggara kontraktor pembersihan sampah bagi memastikan semua saliran bersih dari daun-daun kering.

“Kita telah meminta pihak KDEB untuk mengarahkan kontraktornya berhenti menggunakan ‘blower’ untuk mengumpul sampah seperti daun kering kerana ia akan dibuang ke dalam sistem saliran seperti longkang.

“Untuk mengatasi banjir, saya juga mengarahkan pihak kejuruteraan untuk membuat kertas kerja sama ada wujud keperluan untuk kita mewujudkan longkang yang lebih besar bagi menampung kapasiti air yang tinggi,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya