Banjir: Hanya lima PPS masih dibuka di Pulau Pinang

Banjir: Hanya lima PPS masih dibuka di Pulau Pinang

PUSAT pemindahan sementara (PPS) Lebuh Banting di Seberang Perai Utara (SPU) merupakan antara lima PPS yang masih dibuka di Pulau Pinang sehingga pagi ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Hanya lima buah pusat penempatan sementara (PPS) masih dibuka ketika ini untuk menempatkan 259 mangsa banjir yang melibatkan 72 buah keluarga di tiga daerah di sini sehingga pukul 7.18 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, jumlah terkini mangsa banjir itu menunjukkan penurunan hampir sekali ganda berbanding pukul 3.42 petang iaitu seramai 521 orang.

Difahamkan, cuaca cerah hampir sepanjang hari semalam antara faktor utama penurunan tersebut berlaku.

Dalam pada itu katanya, daerah Seberang Perai Utara (SPU) masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi pagi ini iaitu seramai 199 orang daripada 47 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.

“Seramai 40 mangsa daripada 19 buah keluarga pula masih ditempatkan di sebuah PPS di Seberang Perai Selatan (SPS) manakala baki 20 mangsa yang melibatkan enam buah keluarga juga masih berada di sebuah PPS di Seberang Perai Tengah (SPT),” katanya di sini, hari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya