Banduan lari ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh ditahan semula 

Banduan lari ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh ditahan semula 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang banduan yang melarikan diri dari Hospital Sungai Buloh pada 18 September lalu ditahan semula ketika berada di Terminal Bas Rapid Kuantan, Pahang hari ini.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan mengesahkan mengenai penahanan banduan itu kira-kira pukul 11 pagi tadi oleh pegawai Jabatan Penjara Malaysia selepas menerima maklumat orang awam.

Kata kenyataan itu, banduan reman tersebut diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan syor lembaga siasatan, Jabatan Penjara Malaysia akan mengambil tindakan tegas dan segera kepada mana-mana individu yang didapati cuai dalam menjalankan tugas hingga menyebabkan berlakunya banduan lolos,” kata kenyataan.

Jabatan Penjara Malaysia juga  merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada orang awam dan semua  pihak yang membantu pencarian banduan yang melarikan diri.

Minggu lalu, Kalai Kumar Anandan, 27, yang memiliki lapan rekod berkaitan jenayah dan dadah didapati tiada di katil Hospital Sungai Buloh. Banduan itu  dipercayai melarikan diri dalam keadaan tangan bergari.

Siasatan awal polis mendapati banduan itu dihantar ke hospital tersebut kerana telinganya berdarah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya