Bandar Teluk Intan dinaiki air pasang besar - Utusan Malaysia

Bandar Teluk Intan dinaiki air pasang besar

KENDERAAN melalui jalan di bandar Teluk Intan yang dinaiki air pasang besar hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Beberapa kawasan di bandar Teluk Intan dinaiki air pagi ini berikutan fenomena air pasang besar.

Air mula naik pada kira-kira pukul 6 pagi ini berikutan limpahan air dari Sungai Perak.

Tinjauan mendapati antara kawasan yang dinaiki air terletak berhampiran Sungai Perak termasuk bangunan mahkamah lama, padang Majlis Perbandaran Teluk Intan selain premis perniagaan seperti kedai makan.

Turut dinaik air termasuk beberapa kampung berdekatan Sungai Perak antaranya Kampung Beca, Kampung Durian Sebatang dan Kampung Terengganu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN