Bahasa Melayu berdepan situasi ‘pelacuran’ bahasa

Bahasa Melayu berdepan situasi ‘pelacuran’ bahasa

MAJLIS sesi penyerahan sijil penghargaan kepada ahli panel Simposium Antarabangsa Aspirasi bahasa Melayu di Hotel Ideas, Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelacuran bahasa atau penyalahgunaan bahasa Melayu dalam media sosial merupakan cabaran yang perlu diatasi dalam usaha memartabatkan bahasa itu ke peringkat antarabangsa.

Ahli panel Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu yang juga pensyarah Universiti Sains Islam (USIM), Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz berkata, ketika ini golongan muda atau Generasi Z sering merosakkan bahasa Melayu dengan menggunakan akronim yang salah.

“Anak-anak muda bila menggunakan media sosial terutama di Instagram atau Facebook suka guna istilah LUSM, IMU, sedangkan boleh diungkapkan dengan bahasa Melayu yang betul seperti ‘saya sayangkan awak’.

“Tetapi merisaukan, apabila Generasi Z ini terlalu memandang remeh dan mengambil ringan sehingga lama-kelamaan boleh menjejaskan kemurnian bahasa kebangsaan kita,” katanya dalam sidang Pleno Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu ketika di sini, hari ini.

Beliau berkata, sikap acuh tidak acuh kepada bahasa kebangsaan boleh membawa kepada impak negatif berpanjangan seperti runtuhnya kecintaan terhadap bahasa Melayu.

“Terdapat kebimbangan bahawa generasi muda tidak lagi menghargai bahasa standard dan ini mungkin membawa kepada kemerosotan kualiti bahasa dalam jangka panjang.

“Situasi ini kalau tidak dibendung, lama kelamaan boleh memberi ancaman kepada bahasa Melayu dan akan mengikis nilai kesantunannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya