Bahan diperoleh pembekal miliki sijil halal

Bahan diperoleh pembekal miliki sijil halal

halal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia mengakui restoran mereka belum lagi disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, kedua-dua pengurusan restoran itu berkata, semua bahan yang digunakan diperoleh daripada pembekal yang memiliki sijil halal.

“Kami ingin memberi keyakinan kepada semua pelanggan bahawa semua bahan makanan yang digunakan di restoran kami termasuk ayam, telur, daging dan bahan mentah lain diperoleh daripada pembekal yang memiliki sijil halal. Salinan sijil-sijil ini dapat dirujuk di semua restoran kami, jika perlu.

“Kami juga ingin meyakinkan semua pelanggan bahawa tiada penggunaan sebarang alkohol atau wain dalam pemprosesan atau penyediaan makanan dan minuman kami,” kata kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan, Jakim mengesahkan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Ia susulan tular satu surat bagi menjawab pertanyaan status halal beberapa premis makanan itu.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, pihak pengurusan kedua-dua restoran itu memahami kepentingan pensijilan halal kepada pelanggan dan sedang berusaha untuk mendapat pensijilan halal daripada Jakim untuk perolehan berpusat dan pensijilan individu untuk semua cawangan kami.

“Kami berharap penjelasan yang dikemukakan akan menangani rasa bimbang semua pelanggan.

“Seperti biasa, kami selalu mengutamakan perhidangan makanan Thai yang lazat, selamat dan asli bagi semua rakyat Malaysia dan berterima kasih atas kepercayaan anda yang berterusan terhadap kami,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN