Azaharudin tekad perangi jenayah di Kuala Selangor

Azaharudin tekad perangi jenayah di Kuala Selangor

MOHD. AMBIA Nordin (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Azaharudin Tajudin (kanan) sambil disaksikan S. Sasikala Devi di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, semalam. – UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pengalaman lebih 20 tahun dalam pelbagai siasatan kes menjadi bekalan Superintenden Azaharudin Tajudin untuk memerangi jenayah habis-habisan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah yang baharu itu berkata, beliau pernah menjadi pegawai penyiasat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu, Petaling Jaya, Klang dan pegawai turus di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Jelas bekas Ketua Pusat Pengajian Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Bharu itu, misi utamanya memfokuskan usaha dalam meme­rangi kegiatan jenayah menerusi kerjasama erat masyarakat setempat.

“Berbekalkan ilmu yang ada, saya akan mengkaji trend jenayah di daerah ini dan merangka perancangan strategik bagi membanterasnya secara habis-habisan,” katanya.

Azaharudin, 52, mengambil alih jawatan itu berkuat kuasa semalam menggantikan Deputi Superintenden Mohd. Ambia Nordin yang memangku jawatan itu pada 5 Julai lalu.

Majlis serah tugas berlangsung di IPD Kuala Selangor di sini disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN