Azahar, Baharuddin dilantik Senator - Utusan Malaysia

Azahar, Baharuddin dilantik Senator

AZAHAR Hassan (kiri) dan Baharuddin Ahmad (kanan) yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bergambar bersama selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua DUN Ke-15, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Azahar Hassan,54, dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri, Baharuddin Ahmad,68, dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Pemilihan dua pemimpin tersebut dipersetujui sebulat suara sempena mesyuarat ketiga penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 hari ini.

Terdahulu, pemilihan Azahar dan Baharuddin sebagai Senator itu dicadangkan oleh Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli yang masing-masing disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dan ADUN Simpang Empat, Razali Saad.

Sebagai rekod, Azahar bekas pesara guru yang juga bekas Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) negeri itu terlibat secara aktif dalam politik lebih 25 tahun lalu.

Manakala Baharuddin merupakan bekas pesara Pos Malaysia dan pernah menjadi calon Pas bagi Parlimen Kangar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Santan pada PRU14.

Beliau juga menyertai Pas sejak tahun 1982 dan masih aktif bersama parti sehingga kini.

Azahar berkata, beliau akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan sebaiknya demi kebaikan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha bagi menguatkan parti dan Perikatan Nasional (PN) di negeri ini agar lebih berwibawa.

“Terima kasih kepada kepimpinan parti yang mencadangkan nama saya untuk menggalas tanggungjawab ini,” katanya yang juga merupakan Setiausaha Bersatu Kangar.

Dalam pada itu, Baharuddin pula berkata, pemilihannya merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang diberikan kepadanya oleh parti serta DUN Perlis.

“Ini merupakan satu tugas berat untuk kita laksanakan amanah yang diberikan ini dengan sebaiknya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya