Atikah Suhaime beri bayangan sedang hamil? - Utusan Malaysia

Atikah Suhaime beri bayangan sedang hamil?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Atikah Suhaime seakan memberi bayangan dirinya kini sedang hamil menerusi content memasaknya yang dipanggil Mual Series.

Atikah yang berkongsi resepi mudah untuk membuat Pizza Margherita menerusi perkongsian terbaharunya itu menyatakan kali ini dia bukan sahaja mengalami rasa mual, malah sering disering migraine.

“Kali ni, saya bukan hanya mual-mual tapi dah masuk migraine teruk dah. Bila makan pizza ini, terus migraine macam hilang kejap. Harap kita kuat untuk hari-hari akan datang. Harap tak adalah sampai terbaring, tak larat.

“Terima kasih teman saya lunch hari ini. Tak tahulah kenapa asylk mengidam western sahaja. Kalau makan lauk melayu atau Mamak, rasa macam nak muntah. Lain macam betul taste si kecil,” katanya.

Sebelum ini, Atikah mendedahkan dia sudah jarang memasak untuk ahli keluarganya kerana kerap mual sekiranya terbau bawang.

Menyedari perkara itu, rata-rata peminatnya mendakwa pelakon filem Lagenda Budak Hostel itu kini sedang berbadan dua.

Sementara itu, rata-rata peminatnya turut memuji kerajinan pelakon itu yang tetap memasak walaupun perlu berlawan dengan alahan pembawakan sewaktu hamil.

“Tika mual-mual pun masak. Saya dulu mual memang baring sahaja. Terutamanya, masa mengandungkan kembar. Tiga bulan pertama duduk sahaja. Hari-hari makan luar,” komen seorang netizen.

“Bagus dia, mengidam apa-apa terus buat sendiri,” puji seorang lagi peminatnya.

“Tak sabar nak tengok Atikah ‘junior’,” komen seorang lagi peminatnya.

Atikah bagaimanapun belum bersedia untuk mengesahkan kehamilannya malah sedang menanti masa yang sesuai untuk mengumumkannya secara rasmi.

Untuk info, Atikah telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya