Asas pertarungan tidak boleh tipu guna teknik kamera - Yusuf Bahrin - Utusan Malaysia

Asas pertarungan tidak boleh tipu guna teknik kamera – Yusuf Bahrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Yusuf Bahrin, menyarankan pelakon baharu untuk mempunyai asas seni mempertahankan diri untuk menjayakan sesebuah naskhah aksi.

Menurut Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 32, asas lakonan ini akan membuatkan sesuatu adegan pertarungan nampak lebih nyata di hadapan kamera.

“Kalau tengok rata-rata pelakon aksi terutamanya Eman Manan, Ruzaidi Abdul Rahman, Beto Kusyairy, dan Datuk Adi Putra mereka ada asas pertarungan. Jadi, bila babak itu dilakonkan, jadi cantik.

“Perlu ada asas. Macam saya pun, saya tengah belajar Muay Thai dan silat untuk saya membuat persediaan. Tidaklah beria cuma kena tahu serba sedikit.

“Jadi bila masuk set penggambaran, kita dah bersedia dengan sebarang babak aksi supaya tidak nampak cacat atau perlu buat banyak kali,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengakui pernah ditegur kerana tidak menjayakan babak aksi dengan baik, Yusuf menyifatkan pengalaman itu menyedarkannya untuk lebih serius di samping melancarkan proses penggambaran.

“Kita semua kena ada asas untuk buat babak aksi terutama pelakon baharu, kalau dapat naskhah baru nak belajar, memang tidak sempat.

“Itu semua untuk kemudahan kita dan memudahkan orang lain di set penggambaran. Saya pernah ada pengalaman, bila lihat kemahiran pelakon lain lebih hebat berbanding saya selaku watak utama cerita itu. Memang rasa malu.

“Percayalah bahawa asas pertarungan ini tidak boleh ditipu menggunakan teknik kamera. Memang kena ada asas,” tegasnya.

Sebelum ini, aktor senior Ruzaidi Abdul Rahman berkongsi rasa bimbang apabila ramai pelakon baharu yang bertubuh tegap gagal menjayakan watak aksi dengan baik. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya