Artis lelaki rela diri jadi fantasi golongan lelaki - Utusan Malaysia

Artis lelaki rela diri jadi fantasi golongan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENTAHLAH, semakin orang kata dunia semakin dekat dengan kiamat, makin banyak pula golongan yang usia sudah menuju senja pun tidak sedar-sedar diri juga. 

Orang yang Cik Bunga maksudkan ini tidaklah tua pun, masih pertengahan umur tetapi iyalah, sekadar mengingatkan dia, perangai itu kalau boleh berubahlah. 

Mana tidaknya, si artis lelaki ini meskipun sudah berkahwin dan ada anak, tetapi perangainya yang suka kepada golongan lelaki bagaikan tidak boleh diubah. 

Masih sukakan lelaki, orientasi seksualnya ini masih jelas terpancar walaupun mungkin dia mencuba untuk bersembunyi di sebalik status seorang suami dan bapa. 

Kalau tengok gambar-gambarnya atau videonya di media sosial, memang siapa yang tahu, tahulah bahawa dia sengaja bergaya aneh, demi hendak memancing fantasi golongan lelaki lain terhadapnya. 

Dulu, masa kerjaya sedang lebat dan berada di kemuncak, tidak nampak sangat. Tetapi sejak dirinya sudah ‘sendu’ ini, Cik Bunga perhatikan makin galak dia buat hantaran gambar dan video begitu. 

Apa tidak malukah jika anak-anak melihat bapanya galak beraksi begitu di depan kamera dan dilihat ramai? Anak-anak pula semakin besar pastilah tahu menilai juga. 

Peliklah Cik Bunga dengan artis lelaki ini. Orang terdekat dia pun ada beritahu Cik Bunga pasal ini. Katanya, memang sudah dinasihatkan tetapi dia enggan mendengar kata. 

Tetap anggap diri kacak dan mahu memancing golongan lelaki untuk mendekatinya. Walhal Cik Bunga tengok, tidaklah kacak mana pun. Perasan sahaja lebih. Jijik betul dengan sikapnya ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya