Artis berang tindakan Trump - Utusan Malaysia

Artis berang tindakan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon pilihanraya Presiden Amerika Syarikat mewakili parti Republikan, Donald Trump, dikecam selepas didakwa menggunakan lagu beberapa artis popular tanpa kebenaran untuk tujuan kempen.

Beberapa selebriti Hollywood mula menyuarakan bantahan bahkan difahamkan ada yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Trump seperti yang dilakukan anak kepada mendiang penyanyi, Isaac Hayes terhadap calon presiden itu.

Bukan itu sahaja, Trump juga dikatakan memainkan dan menayangkan video kempen yang menggunakan muzik tiga lagu penyanyi, ABBA iaitu ‘The Winner Takes it All’, ‘Money, Money, Money’ dan ‘Dancing Queen’ semasa kempen.

Pihak label ABBA bagaimanapun menjelaskan bahawa Trump tidak pernah meminta izin untuk menggunakan lagu berkenaan dan mengarahkan Trump untuk menurunkan tayangan video tersebut.

Tidak berdiam diri ialah penyanyi Celine Dion yang tidak berpuas hati apabila lagunya ‘My Heart Will Go On’ dikatakan digunakan sepanjang kempen Trump.

Dalam sebuah kenyataan yang dimuat naik, pihak pengurusan Celine dan syarikat rakaman, Sony Music Entertainment Canada menegaskan pihaknya tidak pernah memberi kebenaran untuk Trump menggunakan lagu tersebut.

Bukan itu sahaja, Trump juga dikatakan menggunakan lagu penyanyi, Beyonce bertajuk ‘Freedom’ di aplikasi X. Namun, Beyonce dikatakan telah menghantar surat perintah henti meminta Trump agar tidak memainkan lagu nyanyiannya.

Namun begitu, terdahulu, Beyonce terlebih dahulu memberi kebenaran kepada pesaing Trump iaitu Kamala Harris untuk menggunakan lagu tersebut sepanjang kempen.

Lagu ‘Freedom’ dimainkan semasa Kamala diumumkan sebagai calon presiden mewakili Parti Demokratik semasa Konvensyen Kebangsaan Parti Demokrat 2024 bulan lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya