Apa pun jadi, daddy tetap sayang kamu berdua - Fattah Amin - Utusan Malaysia

Apa pun jadi, daddy tetap sayang kamu berdua – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nekad enggan melepaskan isteri, Nur Fazura, pelakon, Fattah Amin, tampil memuat naik ucapan penghargaan buat isterinya itu dan anaknya, Nur Fatima Aisya.

Fattah yang berkongsi foto Fazura dan Fatima menerusi sebuah hantaran di Instagram tadi, turut berkata dia tetap menyayangi mereka walau apa pun yang terjadi selain mengharapkan doa yang baik-baik dari orang ramai.

“Doakan yang baik-baik buat kami. Apa-apa pun jadi, Daddy tetap akan sayang kamu berdua,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Hari ini, Fattah masih berpegang dengan keputusannya untuk tidak melepaskan Fazura ketika kes sebutan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pagi tadi.

Susulan itu, mahkamah turut menetapkan sebuah tarikh baru kepada 7 Oktober depan untuk sebutan kes permohonan cerai mereka.

Fazura yang enggan mengulas lanjut mengenai perceraiannya di mahkamah tadi, bagaimanapun nekad untuk berpisah dengan pelakon lelaki itu atas alasan mahu pertahankan maruah dan kesejahteraan hidup bersama anak mereka, Fatima.

Pada 13 September lalu, pelakon drama bersiri Andartu Kosmopolitan itu telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di mahkamah yang sama tanpa mendedahkan perincian lanjut mengenai punca untuk berpisah.

Fattah dan Fazura telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Fatima. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya