Anwar ucap takziah kepada keluarga Raja Petra

Anwar ucap takziah kepada keluarga Raja Petra

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penulis blog, Raja Petra Kamarudin yang meninggal dunia di United Kingdom (UK) semalam.

Perdana Menteri yang berduka dengan berita sedih itu berkata, beliau mendoakan agar rohnya diberi keampunan oleh Allah dan keluarganya diberi ketabahan serta tahap kecekalan yang tinggi.

“Takziah kepada keluarga blogger Raja Petra Kamarudin atau RPK yang dilaporkan telah dijemput ilahi malam tadi di Manchester, UK. 

“Saya turut berduka dan mendoakan agar rohnya diberi keampunan oleh Allah dan keluarganya diberi ketabahan serta tahap kecekalan yang tinggi, Insya-Allah,” tulis Anwar dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, anak Raja Petra, Raja Sara mengesahkan kepada Utusan Malaysia bahawa ayahnya meninggal dunia semalam.

Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia, yang sering menjadi kontroversi.

Raja Petra telah menetap di Manchester beberapa tahun yang lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN