Anwar ucap tahniah pada bakal Presiden Sri Lanka

Anwar ucap tahniah pada bakal Presiden Sri Lanka

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon gabungan Kuasa Rakyat Nasional, Anura Kumara Dissanayake atas kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Sri Lanka.

Perdana Menteri berkata, Malaysia menanti untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Sri Lanka demi kebaikan serta manfaat rakyat kedua-dua negara.

“Menanti untuk memperbaharui ikatan persahabatan dengan Sri Lanka tidak lama lagi dan bekerjasama untuk manfaat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dissanayake memenangi Pilihan Raya Presiden Sri Lanka yang diadakan pada Sabtu lalu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu semalam.

Memandangkan tiada calon memperoleh lebih daripada 50 peratus undi, Suruhanjaya Pilihan Raya mengira pilihan kedua dan ketiga daripada dua calon utama, kali pertama dalam sejarah pilihan raya.

Dissanayake memperoleh 5,634,915 undi pada kiraan pertama dan 105,264 undi mengikut keutamaan semasa kiraan kedua.

Pemimpin pembangkang Sajith Premadasa berada di tempat kedua sementara Presiden, Ranil Wickremesinghe di tempat ketiga.

Dissanayaka, 55, bertanding sebagai calon gabungan Kuasa Rakyat Nasional yang turut disertai partinya, Janatha Vimukthi Peramuna (JVP).

Dalam kempennya, beliau berikrar untuk merundingkan semula perjanjian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) selepas Wickremesinghe menggandakan cukai pendapatan, menghapuskan subsidi tenaga dan menaikkan harga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN