Anwar beri jaminan jayakan Perjanjian Malaysia 1963

Anwar beri jaminan jayakan Perjanjian Malaysia 1963

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk menjayakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama-sama pimpinan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, beliau bertekad untuk terus mengangkat darjat semua negeri terutama kawasan pedalaman, terpencil dan miskin bandar. 

“Saya turut memberi jaminan akan bertungkus-lumus menjayakan Perjanjian Malaysia 1963 bersama rakan pimpinan dan Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63).

“Saya percaya dengan permuafakatan serta musyawarah yang wujud antara Persekutuan dengan setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak, perkara ini mampu direalisasikan,” katanya dalam Facebook beliau.

Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Sabah serta para petugas yang tidak berganjak walau hujan lebat membasahi Padang Merdeka yang menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia 2024.

“Semangat Jiwa Merdeka seperti ini harus sentiasa disemat utuh oleh semua dalam membangun Malaysia selain menjauhi sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain,” katanya.

Semalam, Padang Merdeka dihadiri lebih 40,000 rakyat pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara bertuah ini bersempena Sambutan Hari Malaysia 2024.

Keterujaan rakyat memeriahkan sambutan ulang tahun ke-61 pembentukan persekutuan negara ini jelas kelihatan apabila mereka mula membanjiri lokasi yang cukup signifikan dengan sejarah pengisytiharan Malaysia pada 16 Sept 1963 itu seawal 5 petang.

Meskipun hujan lebat pada awal sambutan acara yang bermula 8.30 malam, orang ramai tetap setia berada sekitar Padang Merdeka untuk menyaksikan sambutan Hari Malaysia yang gilang-gemilang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya