Anugerah MIHAS 2024 iktiraf sumbangan pelbagai sektor halal

Anugerah MIHAS 2024 iktiraf sumbangan pelbagai sektor halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 memperkenalkan kategori baharu iaitu Anugerah Kelestarian bagi mengiktiraf usaha pemain industri yang mengintegrasikan amalan mampan dalam industri Halal.

Peningkatan ketara dalam penyertaan Anugerah MIHAS ke-11 itu mencerminkan perkembangan pesat dan kepelbagaian landskap ekonomi halal. 

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penyertaan anugerah MIHAS tahun ini sangat berkualiti dan pelbagai. 

“Penyertaan yang mengagumkan dari produk gaya hidup halal dan sektor perkhidmatan dalam anugerah tahun ini jelas menunjukkan dinamik dan inovasi yang mendorong industri halal.

“Sektor seperti kosmetik, penjagaan diri, farmaseutikal dan bioteknologi mengamalkan prinsip halal dan menetapkan penanda aras baharu dalam pasaran global,” katanya dalam satu kenyataan. 

Sebanyak 14 anugerah membabitkan tiga kategori iaitu Anugerah Kecemerlangan Produk dan Perkhidmatan, Anugerah Inovasi Produk dan Perkhidmatan, dan Anugerah Kelestarian, telah disampaikan kepada pemenang dalam majlis tersebut.

Anugerah Kelestarian tahun ini diberikan kepada B-Crobes Marketing Sdn. Bhd. atas fokus mereka terhadap inovasi berasaskan penyelidikan dan kemampanan untuk meningkatkan kesihatan usus dan mengurus penyakit tidak berjangkit dengan berkesan.

Mengulas lanjut, Reezal berkata, fokus strategik Matrade adalah kepada kelestarian dan kepelbagaian sektor sejajar dengan Pelan Induk Industri Halal Negara. 

“Ia bertujuan untuk meletakkan negara sebagai peneraju global dalam inovasi. Kepelbagaian kelompok halal di MIHAS mewakili kepelbagaian dan daya tarikan global industri halal Malaysia, meningkatkan kedudukan negara sebagai hab penting dalam ekosistem halal antarabangsa,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN