Anthony digesa serius bantu MAS - Pemuda MCA Anthony digesa serius bantu MAS - Pemuda MCA

Anthony digesa serius bantu MAS – Pemuda MCA

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook diminta supaya segera membantu dan menangani masalah yang dihadapi Malaysia Airlines (MAS) secara serius agar insiden pendaratan cemas boleh dielakkan.

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong berkata, ini berikutan insiden terbaharu membabitkan pesawat MAS MH66 yang dalam penerbangan ke Seoul, Korea Selatan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat malam tadi merupakan kejadian yang kelima sejak Jun tahun ini.

“Anthony harus sedar, kekerapan insiden seumpama ini bukan sahaja merosakkan reputasi MAS sebagai penerbangan nasional, tetapi juga menjejaskan keselesaan malah membahayakan keselamatan penumpang. 

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengambil langkah mengurangkan tempoh pembaharuan sijil perakuan pengendali udara (AOC) MAS daripada tiga tahun kepada satu tahun.

“Seterusnya langkah-langkah konstruktif yang segera perlu diambil Anthony  dan kementeriannya secara aktif untuk mengatasi masalah tegar MAS, termasuk pesawat usang, kekurangan komponen mekanikal serta tenaga mahir,” katanya dalam kenyataan. 

Jelas beliau, perkara itu termasuk membantu merundingkan perkongsian sumber dan tenaga secara usahasama mahupun melalui pinjaman dan sewaan, dengan pemain industri serta pengendali udara yang lain

Laman FlightRadar24 menyaksikan pesawat Airbus A330-323 ke Seoul itu yang berlepas sekitar tengah malam tadi berpatah balik ke KLIA. 

Ia merupakan antara insiden terbaharu membabitkan kejadian serupa bagi pesawat MAS sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya