Anna Jobling tenang dikritik terpilih jadi juri - Utusan Malaysia

Anna Jobling tenang dikritik terpilih jadi juri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ini adalah rezeki saya, apa salahnya beri saya peluang untuk mencuba.”

Demikian kata pelakon Anna Jobling selepas sedar ada pihak yang mempertikaikan kelayakannya menjadi juri untuk program realiti, Muzikal Lawak Superstar musim keempat yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Tenang mengendalikan kritikan tersebut, Anna percaya bahawa semua perkara baru yang perlu dilakukan oleh setiap individu adalah pertama kali dan harus dicuba.

“Setiap apa yang kita lakukan akan ada pertama kali. Ada banyak lagi perkara yang saya perlu belajar dan perlu cuba lakukan dalam hidup ini. Jadi, ini pertama kali saya jadi juri.

“Mungkin akan agak susah untuk saya, tapi saya akan cuba melihat komen dan kritikan yang akan membantu saya untuk maju dalam industri ini,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu menganggap perkara tersebut adalah peluang baru dalam kerjaya seninya malah dia sudah bersedia berdepan dengan sebarang kecaman.

“Sebelum ini, saya memang dikenali sebagai pelakon. Sekarang ini, saya akan jadi juri. Jadi, ini satu langkah baru dalam karier saya.Mungkin ada orang yang tak suka atau terkejut.

“Tapi, saya rasa, bukan saya seorang saja dalam hidup ini yang kena kecam. Bagi saya ini peluang. Saya terbabit program ini sebab saya nak berseronok,” jelasnya.

Selain Anna, pelawak Harith Iskander dan Saiful Apek turut terpilih menjadi juri bagi program hiburan itu.

Anna bagaimanapun menegaskan dirinya sudah bersedia untuk menuntut ilmu bersama kedua-dua pelawak senior itu sepanjang menjurikan rancangan itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya