PETALING JAYA: Pelakon senior Didie Alias meluahkan rasa kurang senang apabila aktres, Anna Jobling terpilih menjadi juri untuk program Muzikal Lawak Superstar musim keempat, baru-baru ini.
Perkara itu telah dikongsikan oleh Didie di ruangan komen sebuah akaun media sosial kerana kurang bersetuju dengan pemilihan yang dibuat oleh pihak stesen televisyen.
Tegasnya, ramai lagi artis senior yang lebih layak untuk menjurikan program lawak tersebut.
“Anna Jobling? Ramai lagi otai kot. Okay, mungkin untuk komersial ek #simpananugerahdalampetibesi,” komennya.
Sebelum ini, Anna bersikap tenang menempelak kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan kelayakannya sebagai juri bagi program lawak yang bakal disiarkan tidak lama lagi itu.
Anna bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai satu rezeki dan peluang untuknya mencuba sesuatu yang baru dalam kerjaya seninya. -UTUSAN