KUALA TERENGGANU: Terengganu bakal kehilangan penyu yang menjadi ikon kebanggaannya sekiranya ancaman sampah terutama plastik yang kini ‘menguasai’ 40 peratus permukaan laut dunia tidak diatasi dan semakin kritikal menjelang tahun 2050. Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd. Uzair Rusli berkata, penyu adalah antara hidupan marin yang paling teruk terjejas kerana sering termakan plastik disebabkan keliru ia adalah ubur-ubur. Menurutnya, kajian saintifik juga pernah melaporkan bahawa sisa plastik di lautan mempunyai bau yang hampir sama dengan makanan semulajadi penyu. Tambahnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya