Ancaman radikal masih wujud, dalam kawalan polis - Saifuddin

Ancaman radikal masih wujud, dalam kawalan polis – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui bahawa ancaman dan fahaman radikal masih wujud di negara ini, namun ia masih dalam kawalan pihak berkuasa.

Menurutnya, elemen fahaman dan ancaman membabitkan beberapa kumpulan itu masih lagi berkembang dan masih wujud di negara ini.

“Jangan ingat kes Ulu Tiram itu kes terpencil. Malah, jangan anggap (ambil mudah) tangkapan beberapa elemen Daesh dari pensyarah universiti hingga ke suri rumah serta pekerja sektor binaan.

“Ia masih lagi terus berkembang dan masih wujud. Malah, Tan Sri Razaruddin Husain (Ketua Polis Negara) kerap memberikan input setiap minggu apa yang berlaku di lapangan,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga memaklumkan, masih wujud satu fahaman dan aliran bahawa selagi mana negara tidak melaksanakan ajaran Islam, ia wajar ditentang.

Saifuddin berkata, fahaman itu dilihat menjadi keyakinan kepada pengikut ajaran ini.

Ditanya sama ada ia (fahaman radikal) satu ancaman serius kepada negara buat masa ini, Saifuddin menjelaskan, pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai keupayaan untuk menangani isu itu.

“Memadai saya sebut ianya adalah dalam keupayaan dan kemampuan pasukan polis untuk menanganinya.

“Apa pun keadaannya, yang paling penting jaminan bahawa pasukan polis berkemampuan untuk mengawal trend itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya