Anak Malaysia bersinar di pentas dunia - Utusan Malaysia

Anak Malaysia bersinar di pentas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Beberapa tahun belakangan ini banyak menunjukkan  kejayaan luar biasa yang diraih anak Malaysia di pentas antarabangsa. Wajar untuk kita berbangga dengan usaha yang ditunjukkan mereka khususnya dalam bidang keseniaan. 

Kejayaan mereka bukan sahaja membuatkan nama Malaysia dijulang, malah memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus meneroka potensi dalam diri agar dapat bersaing dengan bakat-bakat di luar sana. Berikut kami senaraikan antara individu yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. 

Tan Sri Michelle Yeoh

Sebagai anak seni, Tan Sri Michelle Yeoh telah memberikan tanda aras kejayaan luar biasa apabila menjadi penerima trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik Oscar 2023. Bukan hanya itu, anak kelahiran Ipoh, Perak itu menjadi pelakon Asia pertama yang menerima kejayaan kategori itu sepanjang panganjuran anugerah berprestij itu.

Tidak hanya itu, pada Mei lalu, Michelle sekali lagi menerima Pingat Kebebasan daripada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden kerana filem lakonannya, Everything Everywhere at All Once telah memecahkan stereotaip jantina, budaya dan bangsa.

Henry Golding

Siapa sangka selebriti Hollywood ini merupakan anak jati Malaysia kelahiran Sarawak. Mula mencuri tumpuan menerusi filem Crazy Rich Asia, Henry pernah berkongsi layar dengan nama-nama hebat seperti Emilia Clarke, Dakota Johnson, dan Awkwafina. 

Bukan itu sahaja, malah Henry pernah bertugas sebagai pengacara rancangan kembara bertajuk The Travel Show untuk BBC dan Surviving Borneo untuk Discovery Channel Asia. 

James Wan

Jika anda masih ingat filem box office antarabangsa Saw, Insidious, The Conjuring dan Aquaman. Kesemua naskhah itu dibikin oleh anak kelahiran Kuching, Sarawak bernama James Wan. Namun begitu, Wan telah berpindah ke Australia ketika berumur tujuh tahun dan memulakan magisnya sebagai pembikin filem di sana. Kini, Wan mengasaskan syarikat produksi pertamanya, Atomic Monster dan menghasilkan deretan filem popular seperti Annabelle, The Nun dan M3GAN.

Yuna

Siapa sangka kembaranya ke Amerika Syarikat membuahkan hasil apabila lagu-lagu ciptaannya mula dimainkan di beberapa siri drama terkenal Amerika Syarikat seperti Arrow, Grey’s Anatomy dan Pretty Little Liars.

Malah dia pernah disenarai antara 10 album R&B Terbaik oleh pengkritik Billboard, Gail Mitchell menerusi album Chapters pada 2016 selain mendapat pengiktirafan Recording Industry Association of America (RIAA) untuk lagu Crush bersama-sama penyanyi Usher.

Bront Palarae

Bront telah menunjukkan kebolehannya sebagai anak seni baik seorang pelakon, pengarah dan pengacara. Beberapa tahun ini, Bront telah berjaya menembusi produksi daripada pelbagai negara dan bahasa seperti Doors: A Philippines Horror Anthology (Filipina), Pengabdi Setan (Indonesia) dan The Curse Land (Thailand).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya