Anak-anak Sabari masih taruh harapan bapa ditemui - Utusan Malaysia

Anak-anak Sabari masih taruh harapan bapa ditemui

SURAIYA Izzaty Sabari (kiri) dan adik bongsunya, Muhammad Amir Hakimi berharap misteri kehilangan bapa mereka segera terungkai ketika ditemui semasa membersihkan rumah Sabari Baharom di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Tiga beradik berharap misteri kehilangan bapa mereka, Sabari Baharom, 62, terungkai dalam masa terdekat.

Menurut Suraiya Izzaty Sabari, 29, dia dan dua adiknya, Nur Aina Sofiya, 28, dan Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, tetap sabar menanti perkembangan terbaharu siasatan kes bapa mereka.

“Setiap hari kami menunggu perkembangan terkini ayah, harap ada berita baik mengenainya. Kami sangat berharap kehilangan ayah dapat diselesaikan.

“Kami di sini menjalani rutin harian seperti biasa dan saya masih bercuti kerana melahirkan anak perempuan sulung yang baru berusia 41 hari dan adik ipar, Sharifah Farhana Hamdan 28, juga melahirkan anak sulung lelaki yang baru berusia 48 hari,” kata di sini hari ini.

Katanya, dia dan dua adik hanya berulang alik ke rumah bapa di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang di sini untuk membersihkan rumah.

Tambahnya, dia sekeluarga tidak pernah berputus harap agar bapa mereka ditemui selamat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintenden Charan Ai Wan berkata, siasatan kes itu kini dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Akhbar sebelum ini melaporkan Sabari hilang selepas keluar dari rumahnya dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu dan

Kehilangan warga emas itu disedari anaknya selepas telefon bimbit dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang daripada akaun bank milik Sabari. Kenderaan dinaikinya ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh seterusnya mengesahkan penahanan seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan pesara Felcra itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya