Alunan muzik Azizah tarik perhatian Perdana Menteri

Alunan muzik Azizah tarik perhatian Perdana Menteri

ANWAR Ibrahim semasa mendendangkan lagu Azizah pada Majlis Makan Malam kerajaan negeri Sabah di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Alunan muzik yang memainkan lagu Azizah dendangan asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada Majlis Makan Malam kerajaan negeri Sabah berjaya menarik perhatian Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara santai mendendangkan sebahagian bait-bait lirik lagu Azizah walaupun tanpa kehadiran isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada majlis berkenaan.

Kelihatan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berdiri bersebelahan dengan Perdana Menteri untuk membantunya mendendangkan lagu tersebut mengikut rentak muzik yang sedang dimainkan.

Majlis Makan Malam itu diadakan sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri ke Sabah yang turut dihadiri menteri-menteri Persekutuan serta anggota Jemaah Kabinet Negeri Sabah dan Sarawak.

Antara menteri Persekutuan yang hadir adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Majlis anjuran kerajaan negeri Sabah itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew;

Hari ini, Perdana Menteri dijadualkan merasmikan Karnival Segalanya Felda yang akan diadakan di Felda Sahabat Lahad Datu pada pukul 9.30 pagi.

Selepas itu, Perdana Menteri akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama Hajiji dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada pukul 2.30 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya