Alumni Felda bantu ikut pengalaman, kemahiran

Alumni Felda bantu ikut pengalaman, kemahiran

YUSOF Noor (tengah) menerima Anugerah Bintang Angkasa AAFM 2024 yang disampaikan oleh Khairul Danial dan diiringi oleh Aziz Basiran (kiri) pada program Makan Malam Nostalgia Persatuan Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) 2024 di Seri Kembangan, Serdang, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Transformasi ma­syarakat Felda berjaya melahirkan modal insan cemerlang dan tenaga profesional dalam bidang masing-masing yang membantu memacu pemba­ngunan negara.

Naib Presiden Persatuan Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM), Aziz Basiran berkata, ramai antara mereka dilahirkan dari Asrama Semai Bakti di seluruh negara yang merupakan satu kemudahan pendidikan ditawarkan Felda kepada generasi baharunya.

Sehubungan itu, beliau berharap generasi kedua Felda dapat menyumbang kembali kepada generasi seterus­nya yang tidak hanya terhad dalam aspek kewangan malah berdasarkan kepakaran dan kemahiran masing-masing.

“Pada masa sama diharapkan ukhuwah dalam kalangan bekas pelajar dan kakitangan berkekalan serta dapat dimantapkan dalam merealisasikan aspirasi Felda dan negara,” katanya pada program Makan Malam Nostalgia AAFM 2024 di Seri Kembangan, di sini kelmarin.

Program yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu dirasmikan oleh bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Noor yang turut menerima Anugerah Bintang Angkasa AAFM 2024.

Aziz yang juga Pengerusi Program berkata, selain anugerah berkenaan, pelbagai anugerah kecemerlangan diberikan terdiri daripada Ka­tegori Kakitangan dan Ka­tegori Bekas Pelajar sebagai menghargai jasa serta sumbangan mereka.

Sementara itu, Pre­siden AAFM, Khairul Danial berkata, penganjuran Makan Malam Nostalgia AAFM 2024 bertujuan memupuk sema­ngat ukhuwah, persaudaraan dan muhibah dalam kalangan ahli, menghargai dan me­ngenang jasa serta mendapatkan dana untuk aktiviti Asrama Semai Bakti Felda dan persatuan itu.

“AAFM mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan sumbangan daripada pelbagai pihak demi kebaikan bersama dan generasi akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya