Aliff Aziz bukan duta, dia klien kami - Fiziwoo - Utusan Malaysia

Aliff Aziz bukan duta, dia klien kami – Fiziwoo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemunculan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz di Instagram Fiziwoo yang menggayakan busana daripada jenama itu mendapat kecaman daripada warganet sehingga jenama tersebut mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut.

Pengasas dan pengarah kreatif Fiziwoo, Hafizi Woo memaklumkan bahawa Aliff merupakan klien yang sering membuat tempahan baju untuk penggambaran.

“Aliff sebenarnya sudah menjadi klien kami sejak beberapa tahun lalu. Dia bukan duta jenama kami untuk koleksi ini.

“Aliff ada show di Malaysia dan akan buat penampilan di acara antarabangsa selepas ini.

“Dia seorang klien yang sangat memberi sokongan terhadap jenama kami. Kami di Fiziwoo meraikan semua orang,” katanya melalui ruangan komen di hantaran yang memaparkan Aliff Aziz memakai busana daripadanya.

Dalam pada itu, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati di ruangan komen kerana menganggap pereka fesyen itu tidak peka dengan isu yang berlaku membabitkan penyanyi lagu Sayang Sayang itu.

“Siap letak disclaimer, perlu ke? Saja hendak cetuskan, dah tahu tapi pura-pura tidak. Dia tidak layak lagi di Malaysia,’’ kata satu komen

“Sengaja mencari viral,” ujar satu komen lagi.

“Memang suka ambik artis-artis yang bermasalah ke?,” kata satu komen lagi.

“Meluat, berambus balik tempat sendiri,” kongsi satu komen.

Sementara itu, di ruangan komen Instagram penyanyi itu pula dihujani dengan komen-komen positif daripada peminat yang mendoakan agar dirinya terus sukses.

“Terbaik Aliff, nampak sudah bersemangat dan kekalkan seperti ini,” kata satu komen.

“Bahagia tengok Aliff kembali senyum, positif sahaja. Doakan Aliff yang terbaik dan sukses selalu,” ujar komen lagi.

“Terus maju ke hadapan dan jangan pandang belakang lagi,” kongsi satu komen.

“Alhamdulilah, rezeki tak salah alamat. Terus maju Aliff dan dipermudahkan segala urusan,” kata satu komen lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN