Alif Teega, isteri dijangka didakwa esok? Alif Teega, isteri dijangka didakwa esok?

Alif Teega, isteri dijangka didakwa esok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pempengaruh, Alif Teega dijangka  didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor esok, atas kesalahan salah guna dana awam. 

Selain itu, isterinya, Aisyah Hijanah, 26, juga dijangka didakwa di mahkamah itu atas kesalahan  sama. 

Media sebelum ini melaporkan Alif Teega didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menyalahguna dana awam lebih RM63,000 menerusi dua program infaq pada April dan Jun lalu.

Bagaimanapun, Alif atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd Hazani, 30, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pada Julai lalu, Alif dan isterinya yang juga pempengaruh popular direman empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan. 

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, pempengaruh media sosial itu disiasat bagi kes penyelewengan dana derma awam, disyaki sudah melakukan perbuatan itu sejak 2020.

Sumber berkata, siasatan mendapati kutipan derma diseleweng apabila tidak disalurkan dengan cara yang betul.

“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal.

Turut direman, dua lagi lelaki iaitu pengarah dan pemegang saham terbesar platform kutipan derma berkait kes yang sama.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN