Ali Puteh kini lebih tenang - Utusan Malaysia

Ali Puteh kini lebih tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak Ali Puteh mengakui dirinya kini lebih tenang untuk membuat kemunculan semula di pentas komedi Muzikal Lawak Superstar musim keempat yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia juga disambut baik oleh ramai pihak selepas tidak lagi terpalit dengan sebarang isu seperti musim sebelumnya.

“Kemunculan semula saya kali ini saya tidak dikecam. Saya terlibat tanda saya hadir dan masih ada di dalam pentas komedi Malaysia.

“Cuma kali ini, kita muncul dalam keadaan tiada tekanan daripada perkara yang sudah terjadi seperti musim yang lalu. Saya harap kemunculan semula saya di pentas lawak ini disambut baik oleh masyarakat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Difahamkan, Ali akan pempertaruhkan kumpulan Puteh yang turut dianggotai oleh pelawak Man dan Aya Amiruddin di pentas komedi itu.

Meskipun penglibatannya kali ini untuk menghiburkan peminat, Ali bagaimanapun menyatakan kini kerjaya seni bukan lagi keutamaannya.

Tambahnya, dia mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada perniagaannya bersama isteri yang difahamkan semakin stabil dan maju.

“Sebelum ini, saya 100 peratus fokus pada perniagaan bersama isteri saya. Saya rasa, perniagaan lebih menjamin kehidupan saya untuk besarkan anak-anak saya.

“Kerjaya seni ini sekarang hanya sekadar duit tepi untuk saya mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Jadi, saya rasa saya tidak perlu tinggalkan perniagaan yang saya sudah bina dengan baik untuk mengejar populariti,” jelasnya.

Ditanyakan mengenai hubungannya bersama anak arwah abangnya, Allahyarham Abam, Ali enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mencetuskan sebarang perselisihan faham

Bagaimanapun, adik kepada Allahyarham Abam itu bersyukur dan gembira melihat anak saudaranya membesar dengan baik dan sihat.

“Saya serah pada Allah. Saya pun ada anak untuk dijaga. Yang penting, dia membesar dengan baik dan sihat.

“Masa jumpa dia pun dia ada iras arwah Abam. Insya-Allah, sekiranya dia perlukan bantuan saya akan bantu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya