Alhamdulillah saya tenang - Nur Fazura

Alhamdulillah saya tenang – Nur Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasangan pelakon terkenal, Nur Fazura ,41, dan Fattah Amin, 34, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi ini bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura, dua minggu lalu.

Menggenakan sepasang jubah berwarna putih, Fazura, 41, tiba di mahkamah kira-kira jam 9.25 pagi dengan ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman selain diiringi lima pengawal peribadi.

Ditanya mengenai keadaannya pada pagi ini, Fazura berkata dia dalam keadaan tenang.

“Selamat pagi semua. Kita masuk dalam dulu (dewan bicara untuk perbicaraan kes permohonan perceraian).

“Alhamdulillah saya tenang,” kata Fazura di hadapan kira-kira 50 pengamal media daripada pelbagai agensi yang hadir untuk membuat liputan.

Sementara itu, ditanya mengenai anaknya, Fatima Aisya, Fazura berkata semuanya dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Fattah, tiba beberapa minit lebih awal bersama peguam, Zulkifli Che Yong. Namun, Fattah terlebih dahulu memasuki dewan bicara.

Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen.

Pada 13 September lalu, akhbar tempatan melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.

Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai itu, namun, ia mengejutkan ramai pihak dan sehingga kini isu yang berlaku diantara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia empat tahun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya