Air naik 0.5 meter dalam tempoh sejam

Air naik 0.5 meter dalam tempoh sejam

PENGERUSI Jawatankuasa Kesihatan Perlis, Megat Hashirat Hassan (dua dari kanan) berbual bersama Asmini Hashim (berdiri, tiga dari kanan) yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Arau. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seorang ibu yang sedang berpantang bersama bayi perempuannya berusia 21 hari berdepan detik cemas selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Noor Masizwani Mustam, 24, bersama bayinya dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Arau selepas kawasan rumah ibunya di Kampung Titi Besi, di sini, dinaiki air.

Menurut ibunya, Asmini Hashim, 50, anak perempuannya itu sedang berpantang di rumahnya selepas melahirkan bayi sulung pada 29 Ogos lalu.

“Sebelum ini, anak saya tinggal di rumah mentuanya di Beseri dan kemudian memilih berpantang di rumah saya di sini.

“Namun sejak beberapa hari lalu, hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan kediaman kami dinaiki air dan terpaksa berpindah ke PPS SK Arau,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Asmini berkata, paras air di rumahnya itu mula naik sekitar pukul 4.30 pagi Isnin lalu, namun keadaannya dilihat mula surut pada sebelah petang hari kejadian.

Katanya, bagaimanapun, keadaan hujan yang kembali lebat selepas itu membuatkan paras air meningkat semula sehingga anggota keselamatan memutuskan untuk memindahkan mereka sekitar pukul 12.30 tengah malam, semalam.

“Demi keselamatan dan ke­selesaan, kami mengambil keputusan berpindah ke PPS ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya