Air naik 0.5 meter dalam tempoh sejam

Air naik 0.5 meter dalam tempoh sejam

PENDUDUK terjejas banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kubang Pasu, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: “Saya sedang bersiap ke tempat kerja kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum menyedari air sudah meme­nuhi kawasan halaman rumah.”

Demikian kata Ridzuan Abdul Rahman, 28, yang tinggal di Kampung Padang Luar, di sini ketika menceritakan semula kejadian banjir melanda kampung itu yang kini sudah terputus hubungan.

Katanya, melihat keadaan yang semakin membimbangkan itu, dia mengambil langkah awal dengan mengemas perabot dan barangan elektrik ke tempat lebih tinggi.

“Namun hanya dalam tempoh beberapa minit, air sudah memasuki kawasan dalam rumah kami sebelum saya membawa isteri dan seorang anak berusia dua tahun berpindah ke tempat selamat.

“Memang air naik sangat cepat kali ini walaupun kampung kami sering dilanda banjir setiap tahun, tapi tahun ini boleh dikatakan antara terburuk,” katanya semalam.

Ridzuan berkata, dia belum mengetahui keadaan terkini rumahnya memandangkan tidak dapat mengakses ke sana disebabkan air di kawasan kampung itu melebihi paras tingkap kediaman.

Sementara itu, Abu bakar Othman, 65, berkata, aliran air di Sungai Besar yang bersambung dengan Sungai Padang Terap di kampung itu melimpah cepat sehingga ke rumah penduduk.

“Terdapat tiga saluran su­ngai di kampung ini yang mana pertembungan kesemuanya menyebabkan kampung kami menjadi seperti pulau dengan sebahagian besar tenggelam.

“Kali ini memang agak teruk kerana hanya dalam tempoh sejam sahaja air boleh naik sehingga ketinggian 0.5 meter,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya