Aina Abdul nafi ada hubungan istimewa bersama videographer - Utusan Malaysia

Aina Abdul nafi ada hubungan istimewa bersama videographer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aina Abdul tampil menafikan sangkaan warganet bahawa dia mempunyai hubungan istimewa bersama juruvideo peribadinya.

Kata Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 31, buat masa sekarang banyak hati yang perlu dijaga dan tiada mana-mana lelaki yang bertakhta di hati saya.

“Saya perlu berhati-hati untuk jawab soalan ini, banyak hati yang perlu saya jaga terutama ibu saya. Ini kerana keluarga lebih mengutamakan kerjaya.

“Tapi apa yang boleh saya katakan tiada seseorang yang istimewa dalam hati, saya hanya fokus kerja.

“Siapapun lelaki yang datang dalam hidup saya mereka akan rugi dan tidak beruntung kerana saya sangat sibuk,” katanya.

Aina ditemui ketika sidang media pelancaran siri konsert, Aina Abdul Imaji Tour  baru-baru ini.

Selain itu, menurut penyanyi lagu Sumpah itu menjelaskan dia juga tidak tahu dimana desas desus ini mula muncul kerana tidak selalu berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial.

“Saya tak akan berkongsi hal peribadi di mana-mana, cukuplah kenali saya melalui lagu-lagu saya. Tidak ada apa yang akan keluar dari mulut saya.

“Apa sahaja yang dispekulasikan, ia adalah kerana saya hanya bekerja dan berjumpa dengan orang yang sama,” kongsinya lagi.

Melayangkan soalan berkenaan bila hatinya akan terbuka menerima kehadiran insan istimewa, Aina menjelaskan dia kini belum bersedia kerana sibuk menguruskan kerjayanya dan berserah kepada Ilahi.

“Banyak perkara yang saya perlu uruskan sekarang ini sebelum berfikir berkenaan cinta terutamanya berkenaan konsert ini.

“Bila masanya pintu hati akan terbuka, Allah sahaja yang mampu menjawab soalan itu. Tidak berani nak kata tidak pada cinta, kerana itu semua perancangan Allah,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya