Ahmad Fayhsal `tidak gembira’  draf MoU peruntukan buat  ahli parlimen PN

Ahmad Fayhsal `tidak gembira’  draf MoU peruntukan buat  ahli parlimen PN

Kos sara hidup
WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal `tidak gembira’  dengan draf memorandum persefahaman (Mou) peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau merasakan kerajaan tidak ikhlas untuk membantu rakyat di kawasan dimenangi Perikatan Nasional (PN).

“Kalau tanya saya, saya tidak gembira dan saya sudah berikan penjelasan dalam kenyataan saya sebelum ini dua minggu lepas dan saya tidak rasa kerajaan ini ikhlas mahu  bantu rakyat yang susah di kawasan saya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PN di Publika hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, satu mesyuarat diadakan petang semalam bertujuan mendengar pandangan ahli parlimen daripada PN termasuk berhubung syarat digariskan dalam MoU berkenaan.

Bagaimanapun kata Wan Ahmad Fayhsal, beliau telah diberikan ‘gag order’ supaya tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenai MoU berkenaan.

Katanya, satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai perkara  itu.

Tambah Wan Ahmad Fayhsal, negeri-negeri  pembangkang dianaktirikan sedangkan negeri ditadbir DAP dilayan ibarat anak emas.

“Kawasan yang mana mereka memilih PN sebagai wakil rakyat mereka dianaktirikan, berbanding negeri DAP yang diberikan layanan macam anak emas.

“RM1 bilion, RM10 bilion nak besarkan lapangan terbang dan MRT. Negeri Melayu yang miskin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dikesampingkan. Sebab itu ramai orang susah di kawasan kami tidak dapat peruntukan nak salurkan kepada rakyat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN