Ahli keluarga mangsa lubang benam pulang ke negara asal Ahli keluarga mangsa lubang benam pulang ke negara asal

Ahli keluarga mangsa lubang benam pulang ke negara asal

KETUA Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Ahli keluarga G Vijaya Lakshmi, 48, rakyat India yang hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lalu, selamat pulang ke tanah air mereka malam tadi.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ahli keluarga mangsa sudah berangkat pulang ke negara asal mereka.

“Suami dan anak telah pun balik ke India malam tadi,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, beliau berkata, rondaan berkala akan dibuat polis Dang Wangi di kawasan Jalan Masjid India termasuk kawasan lokasi kejadian sebelum ini bagi memantau keadaan sepanjang proses kerja-kerja pembaikan dilakukan.

“Rondaan itu bagi memastikan keadaan keselamatan pengunjung di kawasan tersebut berada dalam selamat.

“Justeru itu, kita mohon orang ramai agar elak menghampiri kawasan terjejas bagi kerja-kerja pembaikan dilakukan,” jelasnya.

Terdahulu, suami, anak lelaki dan adik perempuan Vijaya Laksmi ke lokasi tanah mendap itu sebelum pulang untuk melakukan upacara keagamaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN