Ahli GISBH rotan tiga kanak-kanak dipenjara 10 tahun

Ahli GISBH rotan tiga kanak-kanak dipenjara 10 tahun

GISBH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang ahli GISB Holdings (GISBH) dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan mendera tiga kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun.

Semua mangsa semasa kejadian berada di bawah jagaan sebuah rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Hakim Noridah Adam menjatahukan hukuman ke atas Muhd Barur Rahim Hisam, 23, dua tahun untuk setiap pertuduhan pertama iaitu merotan mangsa kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun.

Pada 16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung rakaman video memaparkan beberapa kanak-kanak lelaki dipercayai didera.

Polis juga mengesan kanak-kanak lelaki terbabit dalam kalangan mangsa yang berjaya diselamatkan sebelum ini yang dipisahkan dengan bapanya sejak 2021.

Malah satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat yang tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN