Agrobank promosi agroteknologi bagi tingkatkan produktiviti pertanian

Agrobank promosi agroteknologi bagi tingkatkan produktiviti pertanian

MENTERI Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (dua dari kanan) menunjukkan buku Terminologi-Teknologi Agro Makanan yang dirasmikan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang berlansung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Agrobank dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah Inisiatif Ekonomi Madani mengumumkan penyaluran dana di bawah Program Pembiayaan Agroteknologi Madani (DPPAM) kepada tujuh usahawan agro yang layak.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, sokongan kewangan tersebut bertujuan untuk mempromosikan agroteknologi moden yang boleh meningkatkan produktiviti dan kecekapan sektor pertanian dengan fokus kepada pengukuhan rantaian makanan negara.

Menurut beliau, ketika negara  bergerak ke arah ekonomi yang lebih berasaskan teknologi, sektor pertanian tidak boleh ketinggalan. 

“Melalui program DPPAM, Agrobank menyediakan bantuan kewangan kepada petani, penternak dan usahawan agro untuk mengadaptasi teknologi terkini yang akan membantu menjamin masa depan makanan Malaysia. 

“DPPAM adalah instrumen penting untuk meningkatkan keterjaminan makanan dengan menggalakkan usahawan agro beralih kepada kaedah pertanian dan pengeluaran yang lebih moden dan cekap,” kata beliau. 

Kata Tengku Ahmad Badli, pihaknya percaya komitmen Agrobank yang menawarkan pembiayaan yang kompetitif dengan kerjasama agensi-agensi teknikal lain akan memacu penerapan teknologi canggih di seluruh landskap pertanian Malaysia.

Terdahulu, berlangsung majlis penyerahan dana pada Segmen Agrotech yang disampaikan Menteri KPKM, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Dalam sesi tersebut, repliKa cek disampaikan kepada tujuh penerima dari pelbagai sektor pertanian termasuk tanaman, perikanan, ternakan dan industri berasaskan agro. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya