Agong titah polis siasat menyeluruh isu jenayah berkait GISBH

Agong titah polis siasat menyeluruh isu jenayah berkait GISBH

 SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Seri Paduka memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilapor dan disiarkan dalam dalam media massa berkaitan rumah amal berkenaan. 

Seri Paduka bertitah, segala perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan. 

Justeru Sultan Ibrahim bmenasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan yang melampau berkaitan isu agama kerana ia amat sensitif dan mesti ditangani dengan berhati-hati.

“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah Seri Paduka kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini.

Terdahulu, PDRM mengesahkan tiga kertas siasatan berkait GISBH akan dihantar Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, kertas tiga kertas siasatan itu membabitkan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kertas siasatan itu adalah berkaitan dengan serangan seksual fizikal terhadap kanak-kanak dan penggunaan kekerasan jenayah terhadap seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Sebelum ini, terdapat pelbagai dakwaan berkait dengan GISBH bahawa syarikat tersebut mempunyai kaitan dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa, antaranya mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN